CATS anjur program bubur lambuk, sungkey di Mukah

MUKAH: Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk CATS diagihkan kepada masyarakat di Menara Jam Mukah dan Bazar Ramadan Mukah di sini bermula, seawal jam 4 petang semalam.

Program anjuran syarikat radio pertama Sarawak, CATS itu dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Pusat Khidmat P213 Mukah disempurnakan Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib.

Beliau turut menyantuni sekitar 300 warga Mukah termasuk anak-anak yatim dan menyumbangkan sebanyak 50 bakul rezeki di Masjid Setia Raja Mukah.

Manakala, sebanyak 50 sampul duit raya diberikan oleh CATS FM kepada anak-anak yatim dan program diserikan dengan majlis berbuka puasa “Sungkey Sama CATS” yang dihadiri oleh ketua jabatan Daerah Mukah, ketua kaum serta penduduk setempat.

Turut hadir Pengurus Program CATS FM, Mohamad Fadzli Daud, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said dan Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd (CATS FM), Mohd Iskandar Nawawi.