Ahmad Johnie santuni pelajar SK Bruan Mapal

MATU: Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni ibu bapa, pelajar dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Bruan Mapal, di sini dalam Majlis Berbuka Puasa di Surau Darul Insyirah, malam tadi.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Sumbangan Kasih Ramadan kepada 10 penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan.

Beliau dalam ucapan ringkasnya berkata, sumbangan bakul makanan itu sekurang- kurangnya dapat meringankan beban keluarga berkenaan dalam bulan Ramadan dan juga persiapan menyambut Aidilfitri.

Ahli Parlimen Igan itu turut berbuka puasa dengan ibu bapa dan pelajar diikuti solat Maghrib berjemaah, Isyak dan Terawih.

Para ibu bapa dan penjaga turut menyumbang makanan untuk berbuka puasa.