SARATOK: Seramai 224 anak yatim dan asnaf dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menerima sumbangan duit raya di Masjid Lama Saratok, di sini, semalam.
Mereka menerima sumbangan itu di Majlis Program Pautan Kasih anjuran Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, Lembaga Kemajuan Islam Saratok (LAKIS) dan Persatuan Saudara Muslim Sarawak (ANSAR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri yang menghadiri majlis itu berkata, sumbangan itu diharap membantu golongan terbabit dalam persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Kita sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan bantuan lain bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.
Turut hadir Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Abdul Wahab Aziz, Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pemanca Sahari Gani, Penghulu Rajali Bujang, Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainunddin.