KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengadakan majlis penyampaian Surat Perjanjian Geran Industri (LOA) antara Maltimur Aktif
Unggul JV Sdn Bhd (MAUJV) dan UNIMAS Holdings Sdn Bhd, di sini, hari ini.
Menurut kenyataan media UNIMAS, majlis disempurnakan oleh Pengerusi MAUJV, Datu Safri Zainuddin dan Timbalan Naib Canseclor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Ir Dr Siti Noor Linda Taib.
“Melalui perjanjian ini, MAUJV telah memperuntukkan geran industri berjumlah
RM983,232 kepada Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS,”menurut UNIMAS.
Ini bagi menjalankan aktiviti perundingan dan penyelidikan berkaitan risiko di kawasan tanah tinggi di kawasan utara Sarawak, pemantauan serta pembangunan pemetaan teknikal yang membantu pelaksanaan projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR 2).
Pasukan penyelidikan ini diketuai Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Sivil, UNIMAS, Ir Dr Raudhah Ahmadi.
