KUCHING: Sarawak mensasarkan kadar help-seeking bagi rawatan dan pemulihan penagihan dadah pada nisbah 1:3 tahun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kadar itu di Sarawak ketika ini adalah pada nisbah 1:4.
Katanya, kadar terbabit lebih baik daripada kadar antarabangsa (nisbah 1:5), dan kadar kebangsaan (nisbah 1:6).
“Justeru, Kerajaan Sarawak mensasarkan kadar help-seeking pada nisbah 1:3 pada 2026,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Penutupan Seminar Pemerkasaan Jawatankuasa Pencegahan Dadah (JKPD) dan One Stop Committee (OSC) Daerah 2025, di sini, hari ini.
Fatimah berkata, matlamat Sarawak melalui usaha help-seeking ini untuk mengurangkan kadar relapse dan meningkatkan kadar kepulihan klien.
“Pendekatan yang ingin kita terapkan, adalah pendekatan yang tidak menghukum, namun mendidik, membimbing dan menyokong,” tambahnya.
