DALAT: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Dalat kini menawarkan program latihan bahasa Mandarin.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ini kali pertama program latihan seumpamanya diperkenalkan di CENTEXS Dalat dengan ambilan pelatih April ini.
“Setakat ini, seramai 13 peserta mendaftar, dan pendaftaran masih dibuka sehingga minggu hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pelancaran Program Latihan Mandarin Peringkat Permulaan Secara Dalam Talian dilaksanakan berkolaborasi University Teknologi Sarawak (UTS), CENTEXS dan Harbin Engineering University, China di sini.
Fatimah berkata, program latihan ini dijangka dapat meningkatkan kebolehpasaran peserta serta melengkapkan mereka dengan kelebihan daya saing dalam tenaga kerja masa hadapan.
