SIMANGGANG: Tradisi permainan gendang Burdah yang masih ada di Kampung Hulu Lemanak di sini perlu dihidup dan diturunkan kepada generasi muda.
Kesenian permainan gendang Burdah ini sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian, Maulidur Rasul, perkahwinan, kenduri kendara dan kelahiran.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berikutan itu mahu tradisi permainan gendang itu dihidupkan kerana merupakan kesenian Melayu lama di Bahagian Sri Aman.
Katanya, di Kampung Hulu Lemanak terdapat sebuah kumpulan Burdah dari golongan belia.
“Saya berharap kampung-kampung lain juga mewujudkan kumpulan Burdah yang melibatkan golongan belia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Seri Lemanak, di sini, semalam.
Turut hadir ialah Pegawai Khas dari Pejabat Premier Sarawak Datuk Bujang Helmi Hazmi, Temenggung Mohamad Shah Achang, Pemanca Abang Norin Abang Norudin, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Suhaidi Los, Pengerusi Majlis, Ketua Kampung Kiffle Morni dan Penghulu Zamari Morshidi.
