LUNDU: Bantuan pendidikan dan geran keseluruhan berjumlah RM507,000 diagihkan kepada penerima di Dewan Anjung Tok Milah, di sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyampaikan bantuan dan geran terbabit kepada keseluruhan seramai 59 penerima.
Seramai 32 penerima bantuan pendidikan bagi memasuki Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang berjumlah RM16,000.
Manakala, seramai 24 penerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP ) berjumlah RM121,000 dan selebihnya kepada seramai tiga penerima geran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain(UNIFOR).
Hadir sama wakil Pegawai Daerah Lundu, Mohd Syafiie Ahmad, Pemanca Chin Kian Ming dan Naib Ketua Cawangan PBB N3 Tanjong Datu, Sintu Layang.
