LIMBANG: Masyarakat Bisaya disaran mengambil peluang dalam mengembangkan sektor ternakan kerbau di sini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM6 juta kepada Amanah Kebajikan Bisaya Sarawak bagi mengembangkan sektor itu di Batu Danau.
“Saya tahu mereka (masyarakat Bisaya) berpengalaman, begitu juga dengan masyarakat lain di bahagian Limbang ini. Ia adalah satu ekonomi kita dan saya percaya mereka akan mampu untuk melaksanakannya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perasmian Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025 di Batu Danau, di sini, hari ini.
Beliau mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Turut sama ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Unos Tambi, Presiden Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Joseph Blandoi.
