SIBU: Permainan tradisional masyarakat Melanau “Itut” dijangka terus menjadi tarikan utama Festival Kebudayaan Borneo (BCF) 2025.
Pengerusi penganjur Itut BCF 2025, Kaunselor Abg Carrol Abg Dris berkata “Itut” diperkenalkan secara rasmi sebagai tarikan BCF sejak 2015.
Katanya, lebih 1,000 orang menyertai permainan ini tahun lalu dan pihaknya menyasarkan penyertaan lebih tinggi pada BCF tahun ini.
“Untuk edisi 2025, Itut akan dibuka secara percuma kepada orang ramai dari 4 hingga 12 Julai, setiap malam bermula jam 7 hingga 11 malam,” katanya.
Abg Carrol menegaskan aspek keselamatan diberi keutamaan dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan serius atau berada di bawah pengaruh alkohol tidak dibenarkan menyertai permainan itu.
