Program integrasi bangunkan kanak-kanak keperluan khas

MANILA: Sarawak berjaya membangunkan program mengintegrasikan kanak-kanak berkeperluan khas ke dalam aliran utama pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) secara inklusif.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahkan perkara itu semasa menghadiri Persidangan Rangkaian Pendidikan Awal Kanak-kanak Wilayah Asia-Pasifik di sini.

Strategi secara inklusif dan inovatif yang dilaksanakan oleh SeDidik iaitu kelas asuhan yang dimiliki kerajaan negeri dan menyediakan ECCE ialah mengamalkan dasar pintu terbuka, dengan 198 kanak-kanak berkeperluan khas (6.8 peratus) berlajar bersama kanak-kanak lain di 106 pusat di Sarawak.

“Semua gurunya dilantik secra inklusif dengan bahasa isyarat asas untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan cekap di samping memperluaskan khidmat intevensi awal melalui Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) di sekolah untuk kemudahan 683 kanak-kanak,” katanya.

Dengan sokongan Yayasan Nippon dan Kerajaan Jepun, tambahnya, program itu kini menyaksikan peralihan yang lancar daripada intervensi kepada alir utama kelas tadika dengan empat kanak-kanak berjaya diasuhkan.