MUKAH: Seramai 230 anggota dari pelbagai agensi kerajaan dan pasukan keselamatan terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di kawasan kebun berhampiran Lapangan Terbang Mukah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah.
Operasi tersebut kini memasuki hari kelapan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine sentiasa turun padang untuk meninjau dan membantu secara langsung usaha pemadaman.
Ketika ditemui, beliau menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus membantu memadamkan kebakaran.
Beliau berharap operasi berjaya dipadam segera demi keselamatan komuniti serta kawasan berdekatan.
Antara agensi yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Bagi memperkukuh keupayaan logistik di lapangan, dua unit pam air dan satu unit jentera pengorek telah disediakan di lokasi operasi.
Selain itu, lima set pam air milik pekebun turut digunakan bagi menyokong usaha pemadaman.
Turut sama membantu ialah sukarelawan dan penduduk kampung yang berganding bahu dengan pasukan keselamatan.
GAMBAR:UKAS
