LUNDU: Seramai 50 asnaf dari kampung sekitar kawasan Tanjong Datu menerima sumbangan sempena sambutan Hari Krismas.
Sumbangan dari Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan di Majlis Penyampaian Bantuan Ke IPT /Siri 2 dan Sumbangan Asnaf Sempena Krismas 2024 di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di sini, semalam.
Azizul sehubungan itu berharap sumbangan ini meringankan beban mereka yang akan menyambut perayaan tersebut.
Beliau juga menyampaikan bantuan pendidikan kepada seramai 46 pelajar lepasan SPM yang telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Hadir sama , Pegawai Daerah Lundu ,Awang Yusup Awang Mostapha, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lundu , Kaunselor Abdul Razak bAbdul Wahab dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Calvin Chang.
