SIMUNJAN: Masyarakat disaran meneroka peluang kerjasama dengan pelabur bagi membangunkan kawasan tanah yang berpotensi dari segi ekonomi di sini. Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, ini kerana beliau melihat kawasan Simunjan mempunyai banyak tanah miliki individu yang boleh diusahakan dan dimanfaatkan dengan lebih produktif. “Sehubungan itu, saya menyarankan kepada pelabur, usahawan serta masyarakat yang […]
Projek tiang bendera Ibu Pertiwi libatkan pembangunan menyeluruh dataran
KUCHING: Pembinaan tiang bendera Ibu Pertiwi bernilai RM30 juta melibatkan pembangunan menyeluruh kawasan Dataran Ibu Pertiwi serta penggunaan teknologi mekanikal khas untuk mengendalikan bendera bersaiz besar. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kos projek itu tidak wajar dibandingkan dengan tiang bendera di Kuala Lumpur […]
Sarawak optimis capai sasaran lima juta pelancong tahun ini
KUCHING: Sarawak optimis untuk mencapai sasaran lima juta pelawat tahun ini walaupun terdapat kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan penerbangan susulan ketegangan geopolitik di Timur Tengah. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, prestasi ketibaan pelawat pada Januari menunjukkan perkembangan positif dan memberi keyakinan bahawa sasaran tersebut masih berada […]
ADUN Sebuyau kongsi rezeki bersama golongan memerlukan
SEBUYAU: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi meneruskan aktiviti kebajikann sempena Ramadan dengan memberi sumbangan kepada 70 golongan asnaf dan kanak-kanak dalam Program Santunan Ramadan. Program diadakan di Masjid Al-Kasyiin Kampung Segali di sini hari ini bertujuan meringankan beban golongan memerlukan sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba dengan berkongsi rezeki. Pada […]
BPHB sumbang solar untuk masjid kurangkan kos utiliti
BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyumbangkan sistem solar kepada Masjid Al-Hijrah Taman Sri Pelabuhan, di sini, semalam. Ini sebagai sebahagian usaha menyokong penggunaan tenaga mampan selain membantu mengurangkan kos utiliti masjid dalam jangka panjang. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan, Keselamatan, Sekuriti dan Kelestarian Kumpulan BPHB, Bolhi Maskawi ketika Majlis Jalinan Kasih Ramadan […]
Jualan Gedung Raya sediakan platform usahawan tempatan luaskan jualan
KUCHING: Pelancaran Jualan Gedung Raya anjuran CENTEXS Commercial Sarawak hari ini menyediakan platform terbaik bagi usahawan tempatan di Sarawakuntuk memasarkan produk keluaran masing-masing ke peringkat yang lebih luas. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, inisiatif itu sangat bermanfaat […]
BCCK2 siap Mac 2028, Sarawak muncul hab penganjuran bertaraf antarabangsa
KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching 2 (BCCK2) yang dijadual siap pada Mac 2028 dan boleh memuat sehingga 9,500 perwakilan, akan membolehkan Sarawak menganjur persidangan dan pameran bertaraf antarabangsa di sini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah dengan ditemani Timbalannya, Datuk Ir. Aidel Lariwoo mengadakan lawatan ke tapak pembinaan […]
Majlis Sejambak Kasih bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak
DALAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan seumlah RM23,867,250 bantuan kepada kira-kira 4,500 penerima di Bahagian Mukah sepanjang tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menjelaskan, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8,162,200 disalurkan kepada 1,460 penerima bantuan di daerah Dalat sahaja. “Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula, […]
Program Kongsi Rezeki, 140 pek juadah berbuka puasa diedar di Daro
DARO: Sebanyak 140 pek juadah daging kari diagihkan kepada pengguna jalan raya pada Majlis Penyerahan Juadah Berbuka Puasa, di sini, petang semalam. Majlis anjuran Jawatankuasa Masjid Al-Muhsiniin Daro itu, dihadiri Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Juadah yang telah dimasak itu diagihkan kepada pengguna jalan raya sebagai tanda berkongsi rezeki serta memeriahkan suasana Ramadan. Program […]
108 projek tingkatkan prasarana Kabong
KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda pembangunan di Bahagian Betong menerusi pelaksanaan 108 projek di bawah inisiatif Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) khusus bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, pelaksanaan projek tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan infrastruktur serta sosioekonomi di […]
