KUCHING: Program Sarawak Malaysia My Second Home (SMM2H) merekodkan 287 permohonan diluluskan melibatkan 490 peserta dari 31 negara bagi tempoh Januari hingga September 2026. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program itu menjadi sebahagian daripada strategi menarik lebih ramai pelawat serta menjana nilai ekonomi kepada negeri. […]
Sarawak rekod 3.52 juta pelancong Januari-September
KUCHING: Sarawak merekodkan 3.52 juta ketibaan pelawat dari Januari hingga September 2026 dengan hasil pelancongan berjumlah RM9 bilion dalam tempoh sama. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sektor pelancongan negeri terus menunjukkan prestasi positif dengan hasil purata melebihi RM1 bilion sebulan. “Pencapaian ini mencerminkan sumbangan besar […]
Program Pemimpin Bersama Rakyat Dalat 1 November ini
KUCHING: Program Pemimpin Bersama Rakyat Dalat yang menghimpunkan pemimpin masyarakat dan akar umbi akan diadakan pada 1 November ini di Kompleks Kebajikan Dalat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program tersebut bakal menjadi platform memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Menurutnya, […]
ART beroperasi hujung tahun ini
KUCHING: Pengoperasian rintis bagi menguji sistem Transit Aliran Autonomi (ART) disasarkan bermula pada penghujung tahun ini di laluan fasa satu Garisan Biru dari Rembus ke Northbank. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, garisan biru itu kini mencapai kemajuan fizikal 88 peratus berbanding 97 peratus mengikut jadual asal. Dua unit pertama ART berada […]
15 kekosongan jawatan majistret Mahkamah Bumiputera Sarawak
KUCHING: Mahkamah Bumiputera Sarawak berdepan 15 kekosongan jawatan majistret di peringkat residen serta daerah. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai berkata, ini mendorong permohonan supaya tempoh kontrak pelantikan baharu dilanjutkan daripada satu tahun kepada tiga tahun. “Ketika ini terdapat tujuh kekosongan jawatan di Mahkamah Bumiputera Residen dan lapan di Mahkamah Bumiputera Daerah,” […]
Liputan bekalan air meningkat 86.1 peratus
KUCHING: Liputan bekalan air di seluruh negeri ini meningkat kepada 86.1 peratus berbanding 85.6 peratus pada tahun lalu, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi. Beliau berkata, manakala liputan kawasan luar bandar pula meningkat kepada 72 peratus. Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk membina serta menaik taraf 32 loji rawatan air utama dan saluran grid […]
RM281 juta laksana diskaun 25% bil elektrik
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneruskan bantuan khas dalam bentuk diskaun sebanyak 25 peratus bagi bil elektrik domestik dan subsidi bekalan air percuma bernlai RM5 sebulan sehingga tahun 2027. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM281 juta untuk meneruskan bantuan khas diskaun 25 peratus bil elektrik dan RM35 juta […]
Stesen minyak PETROS, bekalan air antara keutamaan Kabong
KUCHING: Gangguan bekalan air di DUN Kabong baru-baru ini berpunca daripada kekurangan air mentah akibat kemarau berpanjangan, bukannya keupayaan Loji Rawatan Air (LRA) Lichok. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, LRA Lichok sebenarnya mempunyai kapasiti pemprosesan 25 juta liter sehari (MLD) yang mencukupi untuk penduduk Kabong dan kawasan sekitar. Sehubungan […]
Kejayaan Belanjawan Sarawak 2027 perlu diukur melalui manfaat kepada rakyat
KUCHING: Kejayaan sebenar Belanjawan Sarawak 2027 bukan hanya terletak pada jumlah hasil dan peruntukan besar, sebaliknya sejauh mana ia mampu membawa manfaat kepada kehidupan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, setiap peruntukan kerajaan perlu diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam aspek […]
11 kampung Penan Ulu Limbang perlukan jalan lebih baik
LIMBANG: Kerajaan Sarawak diharap dapat memperuntukkan dana bagi membaiki dan menaik taraf jalan balak lama di kawasan Batu Danau. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, ia menjadi laluan penghubung kepada 11 kampung Penan di Ulu Limbang, berikutan keadaan semakin daif dan sukar dilalui kenderaan. Katanya, kerosakan jalan berkenaan menjejaskan kehidupan […]
