Category: Umum

Sarawak bakal perkenal dasar perlombongan baharu menjelang 2026

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk memperkenalkan dasar perlombongan baharu menjelang 2026 yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan alam sekitar dan penggunaan teknologi moden dalam industri perlombongan mineral. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dasar baharu ini akan memastikan khazanah bumi dilombong secara berhemah tanpa merosakkan struktur geologi kawasan terlibat. Menurutnya, ini berpandukan kepada […]

Naik taraf Loji Rawatan Air Salim-Sibu dahului jadual – Julaihi

SIBU: Projek menaik taraf Loji Rawatan Air Salim-Sibu di sini bernilai RM291 juta kini mencapai kemajuan sebanyak 17.96 peratus. Ini mendahului jadual asal sebanyak 6.45 peratus sejak dimulakan Mei tahun lalu. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata projek dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak itu akan menggandakan kapasiti loji dari 150 juta liter […]

Jambatan Batang Rajang bakal dirasmi 17 Mei ini

KUCHING: Jambatan Batang Rajang yang dinanti-nanti penduduk di sekitar kawasan Rajang akhirnya menjadi kenyataan apabila akan dirasmikan pada 17 Mei depan. Sehubungan itu, satu mesyuarat penyelarasan diadakan hari ini, bagi memastikan kelancaran majlis pembukaan rasmi Jambatan Batang Rajang dan Jalan Pasi, di sini, hari ini. Perasmian jambatan berkenaan bakal dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan […]

Projek naik taraf jalan ladang DUN Saribas giat dilaksana

BETONG: Projek menyelenggara dan menaik taraf jalan ladang sepanjang jajaran Jalan Paya Bakong dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas kini giat dilaksanakan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, projek sepanjang 5.199 kilometer (km) bernilai RM12 juta itu dibahagikan kepada dua fasa menerusi peruntukan Program Projek Rakyat dan […]

Pilihan buat anak Sarawak, Akaun AFFIN Kenyalang dilancar

KUCHING: Penduduk Sarawak kini mempunyai pilihan akaun bank eksklusif menerusi pelancaran Akaun AFFIN Kenyalang yang ditawarkan khusus kepada anak jati negeri itu. Inisiatif yang diperkenal AFFIN Bank ini menyasarkan golongan berstatus anak Sarawak, termasuk individu yang menetap atau bekerja di negeri berkenaan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata pelancaran akaun ini […]

Kuarters guru SMK Agama Igan siap lebih awal

IGAN: Projek pembinaan tambahan 17 unit rumah guru dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Igan, di sini, siap 365 hari lebih awal. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri meluluskan projek ini pada2020 dengan kos bernilai RM16.390 juta. Beliau berkata, kejayaan itu mencerminkan […]

Kunjungan perpisahan Konsul Jenderal Indonesia terhadap Premier Sarawak

KUCHING: Konsul Jenderal Indonesia di Sarawak, Raden Sigit Witjaksono mengadakan kunjungan perpisahan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Kunjungan tersebut sempena tamat tempoh perkhidmatan rasmi beliau yang dijadual pada 30 April ini setelah tiga tahun berkhidmat di Sarawak. Ketika ditemui, Raden Sigit berkata, hubungan dua hala […]

Sarawak, negara ASEAN tingkat kerjasama, pacu pertumbuhan serantau

KUCHING: Kerjasama dua hala antara Sarawak dan negara anggota ASEAN akan diperkukuhkan bagi merangsang pertumbuhan perdagangan, pelaburan dan pelancongan serantau secara saling menguntungkan. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Datuk Openg, Sarawak bertekad memacu pertumbuhan rantau dan meningkatkan taraf hidup penduduk Asia Tenggara dengan memanfaatkan lokasi strategik, kekayaan sumber asli dan hubungan budaya […]

SPM: Kejayaan pelajar penanda aras SMK Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir bangga atas pencapaian cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumum, semalam. Beliau berkata, peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 5.63 mata pada 2023 kepada 5.57 mata 2024 menunjukkan kemajuan yangmembanggakan. “Lebih membanggakan lagi, peratusan kelulusan turut meningkat […]