Enam kriteria wujudkan bandar baharu di Sarawak

KUCHING: Kerajaan mengambil kira enam kriteria bagi mewujudkan bandar baharu aaa di Sarawak.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, antara kriteria itu ialah intensiti pembangunan di kawasan sedia dan kepadatan penduduk.

Kriteria lain ialah rangkaian jalan raya yang komprehensif; kesinambungan jaringan infrastruktur dan utiliti.

“Kegiatan sosioekonomi penduduk setempat dan mengimbangi pembangunan di sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamad Duri (GPS- Kalaka) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Len Talif juga menjelaskan, komponen guna tanah utama di dalam Pelan Struktur Saratok sedia ada adalah Pembangunan Semula Waterfront; Pembangunan Bercampur; Perumahan; Komersial;Rizab Kerajaan; Industri, Rekreasi dan Kawasan Lapang; serta Cadangan Jajaran Jalan Raya.