Sarawak bantu peralihan pada tenaga bersih

KUCHING: Sarawak komited membantu peralihan kepada tenaga bersih di Asia Tenggara, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, bersama dengan Kalimantan, Indonesia, Sarawak berpotensi menjadi pembekal tenaga ASEAN dengan membekal tenaga diperbaharui ke negara jiran melalui kesalinghubungan Borneo dan Grid Tenaga ASEAN. “Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan turut komited […]

Sarawak,Jepun terokai kerjasama pembangunan tenaga lestari dan industri

JEPUN: Kerajaan Sarawak dan Jepun melalui New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) bermesyuarat bagi meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan tenaga lestari dan industri. Mesyuarat tersebut berlangsung di Ibu Pejabat NEDO di Kawasaki hari ini. Delegasi Kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan […]

SIYFC25 pahat nama Sarawak di peta dunia

KUCHING: Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Belia Antarabangsa Sarawak 2025 (SIYFC25) di sini bakal memahat nama Sarawak sebagai pusat pembangunan bola sepak akar umbi di peta dunia. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak( Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata, kejohanan itu bukan sekadar pertandingan biasa, tetapi juga gerakan besar dalam […]

Projek naik taraf pintu air, jalan pertanian di Betong akan bermula

BETONG: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan empat projek pembangunan berjumlah RM10.72 juta yang akan bermula tidak lama lagi, di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek terbabit ialah menaik taraf pintu air di Kampung Kupang, Kampung Perpat Kabong dan Kampung Paloh Kabong sertanaik taraf jalan pertanian dan kerja berkaitan di […]

Bantuan RM100 diagih pada kanak-kanak daftar di Taska, Tadika mulai tahun ini

KUCHING: Sebanyak RM100 bantuan akan disalurkan kepada semua kanak-kanak yang mendaftar di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) mulai tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata, inisiatif Kerajaan Sarawak itu akan meliputi semua golongan. “Ia bagi membantu ibu bapa membiayai keperluan awal anak-anak semasa mendaftar […]

RECODA laksana inisiatif mesin layan diri di Sibu

SIBU: Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) akan melaksanakan inisiatif Mesin Layan Diri IPR-INSAN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu. Menurut kenyataan RECODA, berikutan itu unit berkenaan membincangkan pelaksanaan inisiatif itu bersama Majlis Perbandaran Sibu di Wisma Sanyan, di sini, hari ini. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan komuniti B40 dengan membuka peluang penjanaan pendapatan […]

Sarawak peruntuk RM95 juta tubuh Sekolah Islam Antarabangsa

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha melahirkan ilmuwan Islam di Sarawak, kerajaan negeri mengambil langkah dengan menubuhkan Sekolah Islam Antarabangsa. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan sekolah yang berharga RM95 juta itu diluluskan oleh kerajaan negeri, malah turut dipersetujui barisan pemimpin bukan Islam di Sarawak. Menurutnya, sekolah antarabangsa tersebut dilengkapi dengan […]

Brunei mahu perkukuh kerjasama dalam sektor tenaga bersama Sarawak

KUCHING: Brunei berhasrat terus memperkukuhkan kerjasama dalam sektor tenaga dengan Sarawak bagi memastikan keselamatan tenaga di rantau ini. Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, Dato’ Seri Paduka Awang Mohamad Azmi Mohamad Hanifah berkata, pertemuan dua hala bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menekankan kepentingan kerjasama erat antara […]

UITMCS rancang kerjasama dengan Kerajaan Sarawak anjur UNITE25,Festival Tari Borneo

KUCHING: Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak (UiTMCS) merancang kerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi penganjuran University Intercultural Exchange (UNITE25) dan Festival Tari Borneo Kesembilan. Menurut kenyataan media UiTMCS, acara UNITE25 : “Mapping Sarawak to the World” akan diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Dublin, Ireland pada 12 hingga 21 September 2025. “Penganjuran Festival Tari Borneo Ke-9 […]

RECODA pastikan IPR-BMT beri manfaat pada masyarakat

SARIKEI: Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) mengadakan sesi libat urus pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat – Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) bagi bahagian Sarikei, di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan RECODA, sesi libat urus itu bersama Bahagian Pentadbiran Sarikei bagi membincangkan inisiatif terbabit yang memperkasa komuniti miskin tegar, miskin dan B40 melalui peluang penjanaan […]