Sarawak sasar hapuskan miskin tegar, laksana strategi intervensi bersasar
KUCHING: Strategi intervensi bersasar yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) merupakan usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam usaha membasmi kemiskinan tegar. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata langkah itu bagi memastikan rakyat yang memerlukan mendapat bantuan sewajarnya. Katanya, Sarawak optimis untuk mengurangkan kadar kemiskinan dengan mengambil pendekatan makro serta pengesahan data […]
Telok Melano bakal jadi pusat peranginan pemulihan selepas rawatan
KUCHING: Usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan pembangunan infrastruktur di negeri ini memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negeri ini, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penjagaan kesihatan merupakan satu daripada bidang yang berjaya menarik pelabur untuk melabur di negeri ini. “Kerajaan Sarawak akan memberi sokongan kepada pelabur […]
Daerah Kabong jadi gelanggang sukan petanque bertaraf antarabangsa
KABONG: Usaha sedang dilakukan untuk mewujudkan gelanggang sukan petanque bertaraf antarabangsa di Daerah Kabong di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ini memerlukan sekurangnya 32 padang petanque di daerah terbabit. “Ini adalah impian saya dan berharap apabila terlaksana nanti dapat melahirkan lebih ramai pemain berbakat dalam sukan petanque di […]
AirBorneo pemangkin industri pelancongan perubatan Sarawak
KUCHING: Industri pelancongan perubatan di Sarawak diyakini akan berkembang pesat dengan penubuhan syarikat penerbangan AirBorneo serta penambahan tiga lagi hospital baharu. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, terdapat peningkatan dari segi jumlah pesakit yang datang ke Kuching terutamanya dari Indonesia untuk mendapatkan rawatan. Ujarnya yakin, dengan keseluruhan pakej ini, orang […]
18 Kompleks Sukan Mini giat dibangun seluruh Sarawak
KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang giat membangunkan 18 Kompleks Sukan Mini di setiap daerah yang dijangka menjadi asas dalam pembangunan sukan dan pencarian bakat baharu. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beberapa kompleks sudah siap dibina dan ada yang masih dalam proses pembinaan. Jelasnya, setiap kompleks sukan ini dianggarkan […]
Pembukaan Jambatan Muara Lassa beri impak positif perniagaan makanan
DARO: Jambatan Muara Lassa memberi impak positif khususnya ekonomi di kawasan ini sejak dibuka 9 Januari lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, jumlah pengunjung dan pengguna jalan raya turut meningkat di kawasan itu yang menyumbang kepada peningkatan perniagaan. “Ada dalam kalangan peniaga makanan memberi pendapatan mereka meningkat berkali ganda selepas jambatan […]
Jambatan Batang Lupar II bakal jadi jambatan kabel tertinggi
SIMANGGANG: Jambatan Batang Lupar II yang sedang dalam pembinaan dijangka siap pada Jun 2026. Jambatan itu dibina dengan kos sebanyak RM223.633 juta. Ia menghubungkan Sri Aman dengan Lidong di Bahagian Betong dengan panjang keseluruhan dua kilometer (km) dan ketinggian 870 meter (m). Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berharap jambatan yang bakal menjadi mercu tanda […]
959 peserta hadiri program bantuan lesen memandu B2
KABONG: Seramai 959 peserta menyertai Program Bantuan Lesen Memandu B2 (MyLesen) Peringkat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kabong di sini. Ia bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu kelas B2 dengan kadar bayaran yang minima, mulai 11 Januari hingga 22 Febuari lalu. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, mungkin peserta sebelum ini ada kekangan […]
Bangunan baharu PDK Daro sediakan persekitaran selesa
DARO: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daro, hari ini. Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan memperkasa program pemulihan dan kebajikan bagi mereka yang memerlukan. Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataannya memberitahu, bangunan baharu itu menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan serba […]
Jalan Utama Kedua hubungkan Kuching ke Sibu siap 30 peratus
DARO: Jalan Utama Kedua sepanjang 225 kilometer (km) menghubungkan Kuching ke Sibu dijadual siap 2028. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek terbabit bernilai RM5.5 bilion. Ia antara projek pembinaan jalan raya bernilai RM30 bilion dirancang Premier Sarawak mulai 2017. “Projek Jalan Utama Kedua […]
