Projek Tebingan Daro dijangka siap Mac 2027

DARO: Projek Tebingan Daro yang diluluskan di bawah Projek Rakyat dijangka siap menjelang Mac 2027. Tempoh pembinaan projek tersebut mengambil masa 24 bulan dan dijangka dimulakan April 2025 dengan kos RM35 juta. Majlis pecah tanah dilakukan olehPremier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disini, hari ini. Tebingan itu m sepanjang 410 meter […]

Bina jambatan, Sarawak tunaikan janji demi keselesaan rakyat

DARO: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa banyak jambatan sedang dalam pembinaan akan siap sepenuhnya pada tahun ini. Menurutnya, penyiapan infrastruktur asas itu membuktikan janji kerajaan sebelum ini bukan sekadar ‘air liur’ sahaja. Ia merupakan tanggungjawab yang harus ditunaikan demi meningkatkan jaringan perhubungan dan ekonomi penduduk “Kita bersyukur, […]

Perbincangan Sukan SEA 2027 pada 26 Februari ini

KUCHING: Perancangan penganjuran temasya Sukan SEA 2027 akan dibincang pada pertemuan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh pada 26 Februari ini. Menurut Abdul Karim, pertemuan itu juga membincangkan perancangan penganjuran temasya sukan lain yang lebih besar pada masa hadapan. […]

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu terima tugas

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, pagi tadi. Di majlis itu, CP Datuk Ibrahim Darus menyerahkan tugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek. Turut diadakan Upacara “Sending […]

12 individu terima kunci Rumah Spektra Permata

SARIKEI: Seramai 12 individu di sini lega selepas menerima kunci Rumah Spektra Permata (RSP). Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh di Dewan Serbaguna Bangunan IAC Sarikei hari ini. Menurut Len, RSP ini merupakan bukti komitmen […]

TOY8 tawarkan penilaian digital perkembangan kanak-kanak

KUCHING: Program saringan digital TOY8 baharu diperkenal mendapat pujian sebagai penyelesaian menangani senarai menunggu yang panjang di Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyatakan bahawa walaupun OSEIC pada mulanya menampung 100 kanak-kanak, permintaan yang semakin meningkat telah mengatasi kemudahan sedia ada yang membawa […]

Jabatan Hutan nafi wujud pembalakan haram di Saratok

KUCHING: Agensi penguatkuasaan yang membantudalam penguatkuasaan kesalahan hutan disaran merujuk kepada Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sebelum mengeluarkan kenyataan susulan tangkapan masing-masing. Perkara ini dibincangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat ‘State Illegal Logging Task Force (STFIL)’ yang dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan . Unit Perundangan dan Khidmat Nasihat JTS dalam kenyataan di […]

Sarawak contohi pembangunan lestari bandaraya Norway

OSLO (Norway): Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sedang mengetuai rombongan dari Sarawak untuk mengkaji cara pengurusan perancangan bandar raya dan strategi kelestarian pembangunan di Oslo, Norway. Bersama rombongan dari Sarawak dalam lawatan itu ialah Datuk Jefferson Jamit Unyat, Wilson Nyabong Ijang, Datuk Ismawi Ismuni, Datu Abdullah Julaihi, Datu Lester Matthew, Dzulkornain […]

Yayasan OBYU sumbang mesin hemodialisis pada Hospital Daro

DARO: Yayasan OBYU menyerahkan sumbangam mesin hemodialisis kepada Hospital Daro. Majlis penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung semalam disempurnakan oleh ADUN Daro, Safiee Ahmad. Safiee dalam ucapannya menzahirkan terima kasih kepada Yayasan OBYU atas sumbangan. “Sesungguhnya, sumbangan terutamanya kepada 31 pesakit yang amat memerlukan mesin hemodialisis ini,” katanya. Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat yang […]

289 projek bekalan air luar bandar Sarawak siap

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion bagi memastikan bekalan air disalurkan ke luar bandar negeri ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, peruntukan itu melibatkan sebanyak 407 projek berkaitan. “Setakat ini, sebanyak 289 projek bersamaan dengan 71 peratus telah siap, 79 projek (19.4 peratus) dalam peringkat prakontrak manakala […]