Sarawak bina Pusat Velodrom selepas proses awal selesai, puas hati pencapaian SUKMA XXII
ASAJAYA: Pusat Velodrom Sarawak bagi acara lumba basikal kemungkinan akan mula dibina pada tahun depan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pusat terbabit akan dibina di kawasan kompleks sukan di bandar raya ini. “Pembinaan berkemungkinan dimulakan tahun depan selepas semua proses atau persediaan awal diselesaikan,” katanya. Beliau yang […]
Isu internet, bekalan air antara aduan penduduk Lawas
LAWAS: Masalah telekomunikasi, bekalan air bersih dan utiliti menjadi antara isu utama yang dibangkitkan penduduk di Lawas. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kedua Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beliau turut menerima pelbagai input secara langsung daripada penduduk berhubung masalah yang dihadapi. “Saya sendiri mengalami kesukaran menggunakan telefon bimbit […]
AI For Makers bakal diperluaskan
KUCHING: Program AI For Makers: Borneo Makers Festival 2026 berpotensi diperluaskan membabitkan peruntukan lebih besar. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, langkah tersebut bagi memperkukuhkan pembangunan bakat muda dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital. Tambahnya, laporan pelaksanaan program akan dikemukakan kepada Premier Sarawak, […]
KPWKK sasar 50,000 penjaga profesional
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat (KPWKK) merancang melatih 50,000 penjaga profesional secara keseluruhan. Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, untuk tahun ini, kementerian berkenaan menyasarkan melatih kira-kira 2,000 penjaga profesional setakat November ini dan percaya sasaran itu boleh dicapai. “Program yang dilaksanakan itu untuk tempoh tiga tahun dengan memberi tumpuan kepada mereka […]
Wanita Tungkah Lubok Manta manfaat peluang bantuan Kerajaan Sarawak
SEBUYAU: Golongan wanita Kampung Tungkah Lubok Manta, Sebangan menyertai program aktiviti wanita merangkumi demonstrasi masakan dan perkongsian mengenai bantuan Kerajaan Sarawak. Program di Dewan Kampung Tungkah Lubok Manta itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran masakan yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan. Demonstrasi aiskrim sosej antaranya memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penyediaan hidangan kreatif, mudah […]
Pengukuran sempadan Malaysia-Brunei disasar selesai 2034.
LAWAS: Sempadan Malaysia dan Brunei selesai diukur dan ditanda bersama-sama sebanyak 50 peratus setakat ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, baki sempadan yang belum diukur disasarkan untuk diselesaikan pada tahun 2034. Manakala, bagi pertindihan sempadan itu yang melibatkan jarak lebih kurang enam kilometer (km), beliau berkata kedua-dua negara bersetuju diselesaikan […]
Santai Segulai Sejalai Parti PBB Krian kukuhkan perpaduan ahli, masyarakat
SARATOK: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Krian memperkukuhkan gerak kerja dan jentera parti di peringkat akar umbi menerusi Program Santai Segulai Sejalai di Rumah Jebin Birai, Babang, Krian, semalam. Program itu berlangsung dalam suasana mesra dan santai, selain menjadi wadah ahli Parti PBB tempatan mengeratkan silaturahim serta bertukar pandangan mengenai hala tuju parti. Ketua […]
Sasaran projek naik taraf Jalan Ulu Rimbas siap dalam tempoh 18 bulan
DEBAK: Projek naik taraf Jalan Ulu Rimbas di sini, dijangka memberi manfaat kepada penduduk di 13 rumah panjang apabila siap dalam tempoh 18 bulan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata projek sepanjang 20.23 kilometer (km) itu bernilai RM23.7 juta disasarkan siap dalam tempoh 18 bulan. Menurutnya, projek itu dibiayai Kerajaan Sarawak menerusi […]
Sarawak terima bantuan RM10.4 juta demi perkukuhkan ekosistem penjagaan
KUCHING: Sarawak merekodkan seramai 3,235 penerima bantuan penjagaan Orang Kelainan Upaya (OKU) terlantar, pesakit lronik terlantar dan pesakit kronik tidak terlantar (BPT) sehingga Jun tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, dalam usaha meringankan beban keluarga mereka, bantuan ini turut disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Di Sarawak, seramai 3,235 […]
Penyelidikan bangunkan nanosatelit di Sarawak bermula tahun depan
KUCHING: Sarawak akan memulakan penyelidikan di makmal bagi membangunkan satelit kecil atau nanosatelit pada tahun hadapan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini kerajaan sedang menyiapkan makmal terbabit yang akan menjalankan penyelidikan dengan rakan kerjasama. “Salah satu rakan kerjasama ialah agensi luar, manakala satu lagi ialah institusi akademik. Kedua-duanya […]
