Pemilik tanah berdekatan Tanjung Embang diingat jangan ghairah jual tanah

KUCHING: Pemilik tanah khasnya di kawasan Samarahan berdekatan dengan cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Tanjung Embang, diingatkan agar tidak terlalu ghairah untuk menjual tanah. Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, setiap kali ada pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jambatan atau jalan raya, harga tanah akan melonjak samada di […]

Kaedah baharu bayar zakat diperkenal

KUCHING: Kaedah baharu pembayaran zakat fitrah diperkenal oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Kaedah baharu itu menerusi pembayaran melalui kod QR kepada Amil Zakat Fitrah Bahagian Kuching. Ia merupakan kerjasama TBS dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) . Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, kaedah itu bagi memudahkan urusan pembayaran zakat […]

Kadar yuran perunding golongan jurutera sejak 1998 harus dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang agar mengkaji semula kadar yuran perunding golongan jurutera profesional di negara ini yang diluluskan 27 tahun lalu. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, ini kerana antara isu menjadi keluhan pihak jurutera perunding adalah mengenai kadar bayaran yuran profesional agak rendah yang diterima oleh syarikat-syarikat perunding, terutama sekali untuk projek-projek […]

Nelayan Lawas terima peralatan tangkap ikan, jana ekonomi

LAWAS: Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) menganjurkan Majlis Penyerahan Peralatan bagi Inisiatif Pendapatan Rakyat – Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) Fasa 1, di sini, hari ini. Menurut kenyataan RECODA, melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di bawah lembaga itu, nelayan tempatan menyertai inisiatif ini mendapat set lengkap peralatan menangkap ikan, termasuk bot dan […]

RM500,000 naik taraf masjid Kampung Medang

SARIBAS: Penduduk di Kampung Medang di sini akan memiliki sebuah masjid serba lengkap sejurus kerja menaik taraf Masjid Darul Ibadah baharu fasa dua siap dalam masa terdekat. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, kerja menaik taraf Masjid Darul Ibadah baharu fasa dua itu bernilai keseluruhan RM500,000. Skop projek […]

EMF diwujud di Samalaju

BINTULU: Kemudahan Perubatan Kecemasan (EMF) akan diwujudkan di Taman Perindustrian Samalaju (SIP) di sini untuk meningkatkan kecekapan terhadap sebarang bentuk kecemasan. Kemudahan yang dicadangkan itu adalah bagi menyokong perkhidmatan kecemasan sedia ada dengan menyediakan khidmat ambulans untuk pekerja di tapak taman terbabit sepanjang masa. Penyediaan kecekapan khidmat kecemasan itu adalah inisiatif OCI TerraSus dan diuruskan […]

Rodiyah mohon pertimbangkan bina premis Tamu Desa Batang Sadong

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan Program Pembangunan Premis Tamu yang bertujuan merangsang aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, ini dapat direalisasikan dengan menjadikan Tamu Desa sebagai pusat pertumbuhan ekonomi setempat, yang memberi manfaat kepada peniaga dan penduduk. Ia menjadi platform yang memberi impak positif jangka […]

Wisma Lestari hab pemuliharaan alam semulajadi Sarawak

KUCHING: Wisma Lestari milik Sarawak Forestry Corporation (SFC) akan berfungsi sebagai hab usaha pemuliharaan dalam melindungi taman negara, hidupan liar dan rizab semula jadi di Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bangunan baharu terletak di Kota Sentosa ini bukan sahaja menempatkan kakitangan SFC tetapi platform yang diwujudkan kerajaan bagi […]

PETROS: Sudah tiba masa Sarawak jana pendapatan sendiri

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli mencadangkan agar penyediaan hidangan berbentuk sedia untuk dimakan dapat diperluas di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Katanya, ini bagi memudahkan pengagihan makanan yang lebih cepat dan efisien kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS. “Saya difahamkan ada PPS yang tidak mempunyai selimut dan bantal yang mencukupi. […]