Sambutan peringati Perjanjian Damai

KAPIT: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Perjanjian Damai di Kapit, hari ini. Tun Pehin Sri dan isteri, Toh Puan selamat tiba di Kapit pada pukul 10.30 pagi. Mereka diiringi Menteri Pengiring, Dato Sri Abdul Karim […]

Kisah di sebalik Perjanjian Perdamaian Kapit 1924

KAPIT: Perjanjian Perdamaian Kapit 1924 berjaya mengakhiri konflik berpanjangan antara komuniti tempatan, khususnya antara kumpulan etnik Orang Ulu dan Iban. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang berkata, ia juga membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Orang Ulu, meletakkan asas kepada keamanan masa kini. “Selepas termeterainya Perjanjian Perdamaian Kapit, masyarakat Orang Ulu tidak […]

Pembangunan belia bantu kemajuan negeri

MUKAH: Kerajaan Sarawak menunjukkan komitmen kukuh terhadap pembangunan belia melalui pelbagai inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga kini, setiap aktiviti mahupun program melibatkan belia yang dibawa ke peringkat kabinet tidak pernah mendapat tentangan. Menurutnya, semua ahli kabinet sepakat dalam memahami pentingnya […]

Impian nelayan Beladin miliki kediaman akan tercapai 2025

BELADIN: Penantian golongan nelayan di sini untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi kenyataan. Ia selepas Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel memaklumkan bahawa mereka boleh berpindah ke Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin sebelum sambutan Hari Raya 2025. Justeru, beliau berharap isu itu dapat diatasi bagi mengelak rumah […]

Kerajaan Sarawak belanja RM5.6 juta laksana projek pembangunan Parlimen Santubong

KUCHING: Kerajaan Sarawak membelanjakan RM5,637,000 untuk pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Parlimen Santubong bagi memperkukuh pembangunan infrastruktur, sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia meliputi dua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), lima Projek Mesra Rakyat (PMR), tiga projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan […]

30 peratus projek dilaksana JKRSarawak dahului jadual

KUCHING: Sebanyak 30 peratus projek di bawah pelaksanaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mendahului jadual. Pengarah JKR Sarawak, Dr. Ir Cassidy Morris berkata, antara projek tersebut termasuk projek pembinaan Lebuh raya Pan Borneo (LPB), projek pembinaan Jambatan Muara Lassa dan Jambatan Marudi serta banyak lagi projek infrastruktur lain. ”Pada pemerhatian saya setakat ini, JKR […]

Sarawak sasar 100 peratus kanak-kanak ikuti prasekolah

KUCHING: Sarawak mempunyai sebanyak 2,718 tadika dan 242 taska berdaftar sehingga 31 Oktober 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini membabitkan jumlah seramai 73,302 kanak-kanak berumur enam tahun dan ke bawah di tadika dan taska itu. Katanya, berdasarkan statistik Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) pula, peratusan kanak-kanak […]

Sarawak rancang wujudkan penerbangan terus dari Kuching ke Phnom Penh

KEMBOJA: Kerajaan Sarawak merancang untuk mewujudkan laluan penerbangan terus dari Kuching ke Phnom Penh, Kemboja. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini akan dilaksanakan setelah Kerajaan Sarawak mempunyai syarikat penerbangan sendiri nanti. “Apabila kita mengambil alih syarikat penerbangan kita berusaha untuk merapatkan lagi hubungan dengan negara Kemboja. “Mereka mempunyai banyak […]

RISEAP berperanan tawar perkhidmatan kepada negara minoriti Islam Asia Tenggara, Pasifik

KEMBOJA: Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan kepada negara-negara minoriti Islam Asia Tenggara dan rantau Pasifik. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, adalah penting untuk RISEAP dan ahlinya memahami situasi sekeliling dan membina ikatan padu antara umat Islam dan agama lain. […]

Ubah cara pengajaran mengikut peredaran zaman

SARIKEI: Warga pendidik perlu memahami penggunaan teknologi terkini yang dapat mengubah cara penyampaian pengajaran mereka. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, ini kerana cara penyampaian pengajaran melibatkan papan putih dengan menyalin nota dan sesi kuliah atau kelas yang […]