MoU dimeterai lindungi, pulihara alam sekitar

KUCHNG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan majlis pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (M0U) antara Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) dan tiga entiti lain. MoU pertama ialah antara SFC dengan PETRONAS, kedua antara SFC dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan ketiga antara SFC dengan […]

Sarawak tamatkan cabaran suku akhir acara quadrant, beregu sepak takraw

BINTULU: Pasukan sepak takraw lelaki Sarawak memberikan aksi terbaik sebelum tewas kepada Johor dalam acara quadrant di SUKMA XXI Sarawak 2024 hari ini. Skuad bimbingan Amir Abu Bakar, terdiri daripada Hamizan Baqi Saban, Muhammad Nazril Azhar, Ronalddinho Antau, dan Vindhelsen Petrus terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 kepada Johor di gelanggang C, Stadium Muhibah Bintulu di […]

Sarawak tempat terbaik realisasi perpaduan 7,838 atlet muda SUKMA XXI 2024

KUCHING: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)XXI 2024 di Sarawak menghimpunkan seramai 7,838 atlet muda dari seluruh pelosok negara ini. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, dalam kalangan mereka mungkin ada yang pertama kali ke bumi Sarawak. Katanya, ada juga mungkin pertama kali berinteraksi dengan rakan dari negeri lain dengan rapat. “Sarawak adalah tempat terbaik untuk […]

UiTM promosikan Sarawak secara global

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) merancang meneruskan penganjuran program Come Discover Bumi Kenyalang (CDBK) setiap tahun bagi mempromosikan Sarawak secara global. Penolong Naib Canselor (Strategi), Bahagian Transformasi Universiti UiTM, Prof. Ts. Dr Nor Hayati Saad berkata CDBK ialah program antarabangsa dan inisiatif bersama UiTM Global Cawangan Sarawak dan Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi MARA Shah Alam […]

Guna geran biayai aktiviti kemasyarakatan

BINTULU: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak fasa pertama diserahkan kepada 182 penerima. Penerima terbabit merangkumi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Penyerahan tersebut membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM890,600. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee yang menyempurnakan penyerahan itu […]

LNG, petroleum mentah antara eksport utama Sarawak 2023

KUCHING: Perlombongan menjadi eksport utama Sarawak pada 2023 yang berjumlah RM76.9 bilion. Timbalan Premier Sarawwak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini diikuti sektor pembuatan (RM35.8 bilion) dan pertanian (RM17.4 bilion). “Beberapa penyumbang utama (perlombongan) termasuk gas asli cecair (LNG), petroleum mentah dan kondensat dengan nilai […]

Sarawak pilihan pelabur Australia

AUSTRALIA: Sarawak adalah antara destinasi pelaburan pilihan di Malaysia berdasarkan pandangan pelabur Australia terutama dalam kelestarian pembangunan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Beliau berkata, beberapa projek potensi pelaburan yang sedang dalam rundingan oleh pelabur Australia dalam pembangunan ekonomi hijau adalah hidrogen dan keluli hijau untuk sektor kenderaan elektrik. Sarawak mencapai […]

Lawatan turun padang ke pedalaman

KUCHING: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) merancang satu lagi siri lawatan turun padang ke pedalaman Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, siri lawatan itu akan turut disertai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri. Siri lawatan kali ini adalah dari Miri ke Bario menggunakan jalan darat, katanya berucap pada majlis makan […]