Ahli KRT jadi mata dan telinga kerajaan bentuk masyarakat harmoni

SIMANGGANG: Peranan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) penting bagi memastikan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti di Sarawak. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli sehubungan itu meminta ahli KRT supaya terus memainkan peranan masing-masing di kampung dan rumah panjang di negeri ini. “Ini agar masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama ini tidak berpecah belah […]

Dana SSWF fokus pembentukan asas kukuh, terancang

KUCHING: Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak (SSWF) menumpukan kepada pembentukan asas kukuh dan terancang pada tahun pertama operasinya. Pengerusinya Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie berkata, langkah itu bagi memastikan dana tersebut dibina berlandaskan prinsip betul, barisan individu tepat, serta struktur yang mantap untuk melaksanakan mandat dengan berkesan. Katanya, SSWF turut membina keupayaan dalaman dengan […]

TYT meriahkan rumah terbuka Aidilfitri UNIMAS

KOTA SAMARAHAN: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, berkenan menyempurnakan Rumah Terbuka Aidilfitri Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), tengah hari tadi. Majlis yang dihadiri lebih 2,000 tetamu itu menghimpunkan […]

Jangan jual tanah untuk keuntungan singkat

ASAJAYA: Program Pengukuran Kampung Tradisional adalah usaha berterusan kerajaan untuk memastikan jaminan hak milik ke atas tanah penduduk kampung, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata, kampung-kampung terbabit sama ada sudah lama wujud atau di kawasan yang telah diwartakan sebagai Rizab […]

PKS tulang belakang ekonomi

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa supaya lebih banyak syarikat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyokong visi Sarawak. Langkah itu penting katanya agar Sarawak muncul sebagai wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, PKS tetap kekal sebagai tulang belakang […]

Iktiraf kerjaya wanita, inisiatif baharu akan dilancar sambutan Hari Wanita

KUCHING: Peranan wanita di Sarawak amat penting dengan membawa perubahan besar dalam pembangunan sosial, ekonomi dan kepimpinan negeri. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, bilangan tenaga kerja wanita di Sarawak kini merangkumi lebih 47 peratus daripada tenaga kerja berdaftar di negeri ini. Angka ini katanya, dijangka lebih tinggi apabila […]

Pembangunan negara MADANI bermula dengan pengukuhan institusi keluarga

LUNDU: Pembangunan negara MADANI bermula dengan pengukuhan institusi kekeluargaan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri. Berucap ketika merasmikan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Sampadi di Daerah Lundu hari ini, beliau menekankan penerapan nilai-nilai murni merupakan asas penting dalam pembentukan masyarakat dan negara MADANI. “Akademi […]

Dewan Suarah Kota Samarahan akan dinaik taraf

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak meluluskan projek pembesaran dan menaik taraf Dewan Suarah Kota Samarahan bagi menyediakan fasiliti yang lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan masyarakat. Berita gembira itu dikongsikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil mendedahkan, dewan tersebut akan mampu menampung sehingga 2,500 orang pada satu-satu masa, sekali gus meningkatkan […]

Budaya muafakat sambutan Aidilfitri Kampung Baru

BINTULU: Kepimpinan kampung dan masjid disaran meneruskan budaya muafakat ketika sambutan Aidilfitri dalam kehidupan warga kampung di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee ini termasuk kepimpinan Kampung Baru Darat, Kampung Baru Tengah, Kampung Baru Laut dan Masjid Darussalam Kampung Baru Tengah. “Budaya muafakat sebegini diterjemahkan bukan sahaja dalam acara sambutan seperti Aidilfitri, […]