HDC sediakan perumahan mampu milik, berkualiti
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan perumahan yang berkualiti, mampu milik dan mampan. Pengerusi HDC yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, sebagai agensi yang diamanahkan menerajui pembangunan perumahan di negeri ini, HDC sedaya upaya akan memastikan lebih ramai rakyat Sarawak berpeluang memiliki kediaman sendiri yang […]
Kerajaan Sarawak perkukuh sistem jagaan kesihatan, UNIMAS sokong inisiatif perubatan
KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memperluaskan akses pendidikan kepada anak-anak Sarawak terutama dalam bidang perubatan. UNIMAS dalam satu kenyataan berkata, langkah strategik itu untuk membangunkan modal insan dan memperkukuhkan sistem jagaan kesihatan di negeri ini. Usaha Kerajaan Sarawak dan Yayasan Sarawak dalam menyediakan pelbagai bentuk sokongan pendidikan kepada […]
Sidang Parlimen: Perjumpaan rutin Premier bersama Ahli Parlimen, Senator GPS
KUALA LUMPUR: Sesi perjumpaan bersama YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Ahli-Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) berlangsung di sebuah hotel di sini, malam ini. Sesi perjumpaan bersama Premier yang juga Pengerusi GPS itu merupakan perjumpaan rutin biasa setiap kali persidangan Parlimen diadakan. Hadir sama, Timbalan Perdana […]
1,797 penerima surat hak milik tanah NCR DUN Tasik Biru
BAU: Kerajaan Sarawak menyerahkan keseluruhan 2,109 surat hak milik Tanah Adat Bumiputera (NCR) Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru, di sini, hari ini. Penyerahan surat hak milik dilakukan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Bidayuh (BCC) di sini. Pada […]
SKS 2026 di Kapit 26-28 Jun, bawa pelbagai perkhidmatan kerajaan untuk rakyat
KAPIT: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 terus menjadi platform penting dalam mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat apabila Bahagian Kapit dipilih sebagai lokasi penganjuran keempat program itu yang akan berlangsung di Perkarangan Dewan Suarah Kapit mulai 26 hingga 28 Jun ini. Program anjuran Kerajaan Sarawak itu menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik di […]
Kesedaran awam bantu tangani kes buli
KUCHING: Masih banyak kes buli berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa, sekali gus menyukarkan usaha membendung gejala tersebut secara berkesan meskipun Akta Antibuli 2026 mula dikuatkuasakan 16 Jun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kecenderungan mangsa atau pihak yang mengetahui kejadian buli […]
TEGAS tawar program ‘Unreal Engine for Games’
KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) kini membuka permohonan untuk menyertai Program Latihan ‘Unreal Engine for Games 2026’. Program latihan itu adalah susulan daripada kejayaan program rintis pada 2024 dan program bersiri motion grapik 2025. Program selama lima hari itu fokus kepada pembangunan latihan mekanik utama, prototaip pesat dan rekabentuk interaktif. Dijadual diadakan pada […]
Sarawak benteng pemerkasaan bahasa Melayu
KUCHING: Sarawak memainkan peranan penting memperkasa bahasa Melayu dan memelihara warisan bahasa sukuan negara, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Menurut beliau, pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah pada Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-70 mencerminkan sumbangan besar negeri ini dalam memperkukuh bahasa kebangsaan serta memupuk perpaduan rakyat Malaysia. “Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah […]
Rundingan formula geran khas Sarawak masih diteruskan
KUCHING: Usaha Sarawak untuk mendapatkan formula baharu bagi pengiraan geran khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan masih menunggu kata putus daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun cadangan tersebut telah dikemukakan sejak beberapa ketika lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata sehingga kini belum ada […]
Agenda pembangunan diutamakan, GPS belum fikir tarikh PRN Sarawak
KUCHING: Tumpuan Kerajaan Sarawak ketika ini terarah kepada agenda pembangunan negeri dan bukannya persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelbagai perancangan dan inisiatif pembangunan yang sedang dilaksanakan memerlukan perhatian penuh kerajaan, sekali gus menyebabkan soal tarikh pilihan raya belum menjadi […]
