Rundingan formula geran khas Sarawak masih diteruskan

KUCHING: Usaha Sarawak untuk mendapatkan formula baharu bagi pengiraan geran khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan masih menunggu kata putus daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun cadangan tersebut telah dikemukakan sejak beberapa ketika lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata sehingga kini belum ada […]

Agenda pembangunan diutamakan, GPS belum fikir tarikh PRN Sarawak

KUCHING: Tumpuan Kerajaan Sarawak ketika ini terarah kepada agenda pembangunan negeri dan bukannya persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelbagai perancangan dan inisiatif pembangunan yang sedang dilaksanakan memerlukan perhatian penuh kerajaan, sekali gus menyebabkan soal tarikh pilihan raya belum menjadi […]

Enam pendaki Sarawak berjaya tawan Annapurna Base Camp

KUCHING : Selepas melalui jarak sejauh 53.44 kilometer (km) dengan anggaran 31 jam perjalanan merentasi laluan mencabar di Banjaran Himalaya, enam pendaki dari Sarawak akhirnya berjaya menamatkan ekspedisi pendakian ke Annapurna Base Camp (ABC), Nepal di sini baru-baru ini. Seorang peserta Noraini Hamli berkata, turut bersama mereka adalah 12 peserta dari Semenanjung Malaysia dan mereka […]

KMKK, JKKK bantu perjelaskan dasar kerajaan pada rakyat

SIBU: Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjadi tunjang dalam memastikan dasar serta inisiatif kerajaan disampaikan dengan berkesan kepada rakyat luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, KMKK dan JKKK merupakan penghubung utama antara kerajaan dan masyarakat dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. “Pelbagai […]

Perjanjian muktamad PETROS-PETRONAS bakal dicapai dalam tempoh terdekat

KUCHING: Perjanjian muktamad antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dijangka dapat dicapai dalam tempoh terdekat susulan perkembangan positif rundingan yang sedang berlangsung melibatkan kedua-dua syarikat tenaga berkenaan. Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim memberitahu telah menerima laporan terkini mengenai perkembangan rundingan berkenaan dan menyifatkan kemajuannya sebagai sangat memberangsangkan. Beliau menghargai peranan […]

Sarawak cadang Kerajaan Persekutuan teliti semula insentif ekonomi baharu

KUCHING: Sarawak melihat industri hidrogen dan semikonduktor antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi yang berpotensi mengangkat Malaysia ke tahap pembangunan lebih tinggi sekiranya disokong oleh dasar pelaburan yang lebih kompetitif. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan lebih proaktif dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dengan menawarkan insentif yang […]

Prinsip asas disepakati, perjanjian PETRONAS-PETROS menanti dimuktamadkan

BINTULU: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak semakin hampir mencapai kata putus dalam isu melibatkan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) apabila beberapa perkara utama berjaya diselesaikan menerusi rundingan yang berlangsung sebelum ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan tersebut memberi petanda positif ke arah pemuktamadan perjanjian antara kedua-dua syarikat itu […]

Diesel bersubsidi RM2.10 seliter mulai Julai ini

BINTULU: Kerajaan MADANI mengumumkan harga diesel bersubsidi akan diturunkan kepada RM2.10 seliter di seluruh negara bermula Julai ini menerusi pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menggunakan MyKad. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan subsidi diesel hanya dinikmati rakyat Malaysia yang layak, sekali gus mengurangkan ketirisan dan penyalahgunaan subsidi. Menurut beliau, sistem baharu […]

Pelabuhan Bintulu kembali bawah bidang kuasa Sarawak

BINTULU: Pelabuhan Bintulu yang kini kembali berada di bawah pentadbiran Kerajaan Sarawak disifatkan sebagai langkah penting dalam mengembalikan hak negeri terhadap aset strategik yang pada asalnya terletak di bawah bidang kuasa Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kedudukan Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan negeri selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, namun […]

KMKK proaktif pupuk perpaduan, perjelaskan dasar kerajaan peringkat akar umbi

LAWAS: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) disaran memainkan peranan lebih aktif dalam menangani pelbagai isu di peringkat akar umbi tanpa terlalu bergantung kepada campur tangan wakil rakyat. Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, sebagai pemimpin yang paling hampir dengan masyarakat, KMKK mempunyai kedudukan strategik untuk mengenal pasti masalah setempat, menyampaikan maklumat kerajaan […]