Gaji minimum RM1,700 sebulan bermula 1 Februari 2025
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025. “Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM 1,700 sebulan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, di sini, hari ini. Di samping itu, Anwar […]
Sarawak laksana kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
KOTA KINABALU: Sarawak sedang melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk projek Kereta Api Trans-Borneo bagi mengukuhkan lagi hubungan antara Sabah dan Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain penekanan kepada ekonomi hijau, Sarawak turut memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan dalam usaha memastikan keterhubungan rentas sempadan dan mempromosikan pertumbuhan lestari di seluruh […]
Raja Air Sungai Krian tawarkan hadiah lumayan
SARATOK: Regata Krian 2024 akan disertai sebanyak 10 pasukan lumba perahu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka pada Pesta Saratok 2024, di sini, mulai 25 hingga 27 Oktober ini. Sebanyak tujuh kategori akan dipertanding pada perlumbaan perahu yang juga akan menawarkan gelaran Raja Air Sungai Krian dengan hadiah bernilai RM15,000. Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan […]
Belanjawan 2025: Berikan kuasa JBALB laksana projek bekalan air bawah RM50 juta
KUCHING: Kerajaan Persekutuan diminta memberi kuasa melaksanakan projek bekalan air di Sarawak kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dalam Belanjawan 2025. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato’ Sri Julaihi Narawi berkata, ini membabitkan projek yang di bawah peruntukan sebanyak RM50 juta. “Kita minta agar ia dilaksanakan di bawah JBALB atau mana-mana agensi pelaksana di bawah […]
Lawatan ke Tokyo jadi nilai tambah bangunkan mutu penjagaan kanak-kanak, keterangkuman sosial
KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) memohon Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) supaya memperluaskan khidmatnya ke Sarawak meskipun JICA tidak lagi fokus kepada Sarawak ekoran ekonomi Malaysia semakin makmur. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah memohon sama ada khidmat JICA di Sarawak fokus kepada latihan dan bantuan dalam bentuk melatih sumber manusia dan […]
Pesara polis Kontinjen Sarawak terima pingat, hargai pengorbanan
SIBU: Seramai 203 pesara polis Kontinjen Sarawak menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini, semalam. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menyampaikan pingat dengan seramai 121 pesara menerima sendiri pingat itu manakala 82 lagi diwakili waris mereka. “Sejak 2014 Kontinjen Sarawak mengadakan penganugerahan P.J.P.N ini membabitkan 2,517 penerima,” menurut […]
BIMP-EAGA main peranan tingkat ekonomi serantau
KOTA KINABALU: Kawasan Pertumbuhan Asean Timur ASEAN Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) memainkan peranan penting dalam memajukan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kedudukan rantau ini dalam ekonomi global. Ke arah itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menekankan keperluan untuk menggubal dasar kerajaan yang jelas serta menggesa penglibatan aktif sektor swasta bagi memacu pertumbuhan serantau. […]
Fuller Academy, ABM berkolaborasi tingkatkan keupayaan dalam tiga bidang utama
KUCHING: Fuller Academy hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sarawak untuk meningkatkan keupayaanbinaan dalam bidang alam sekitar, sosial dan pendidikan (ESG). Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dimeteraikan itu bertujuan melengkapkan golongan profesional dan perniagaan di Sarawak dengan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemampanan. Perkongsian itu fokus kepada menyedia ESG berkaitan kursus, latihan dan […]
Lima MoU dimeterai, cerminkan komitmen Sarawak pacu transformasi digital
KUCHING: SMD Semiconductor menandatangani lima Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan syarikat teknologi terkemuka dunia pada Persidangan Digital Ekonomi Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024 di sini. Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Lima MoU strategik itu mencerminkan komitmen berterusan untuk […]
Mesyuarat Agung Pemilihan Ranting Parti PBB Kampung Tanah Hitam 1 dan 2
SEMATAN: Lebih 100 ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menghadiri Mesyuarat Agung Pemilihan Ranting Parti PBB Kampung Tanah Hitam 1 dan 2 di dewan kampung itu, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan turut hadir demi memastikan kelancaran mesyuarat dan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) ranting itu […]
