Perhebatkan kibaran bendera Sarawak, Malaysia

LAWAS: Rakyat Sarawak digalak mengibarkan bendera Ibu Pertiwiku dan bendera Jalur Gemilang.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, peristiwa 22 Julai ini amat penting kepada rakyat Sarawak kerana berjaya mentadbir negeri sendiri, justeru mesti diraikan dengan semangat patriotik.

“Kita mahu semangat mengibarkan kedua-dua bendera ini diperhebatkan,” katanya.

Henry Sum Agong yang mewakili Timbalan Premier Sarawak menyatakan demikian pada Sambutan Hari Sarawak bersama Pertubuhan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), Cawangan Lawas di Tebingan Sungai Lawas hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi PPWS Lawas Suriah Jinin, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari, Aujinajian Garip dan lebih 500 ahli PPWS cawangan Lawas.