KABONG: Peruntukan projek Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) bagi 85 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Daerah Kabong diluluskan.
Peruntukan keseluruhan itu membabitkan RM8.3 juta.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ini menjadikan Daerah Kabong antara daerah yang tertinggi memperoleh kelulusan projek itu.
Katanya, peruntukan projek itu disalurkan bagi bantuan untuk pertanian, projek lembu dan kambing idiot, pengangkutan, sewaan kanopi, sewaan sistem audio, peruncitan, ternakan ikan air tawar, fertigasi halia, kraftangan dan bidang pelbagai.
“JKKK hendaklah memastikan peruntukan yang disalurkan itu diuruskan sebaik mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Projek SejaTi MADANI Daerah Kabong di Pejabat Daerah Kabong, hari ini.
Chee Kadir juga menyarankan JKKK yang tidak mempunyai kepakaran untuk tadbir urus dan mengembangkan kewangan mendapatkan nasihat serta pandangan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pakar berkaitan.
Turut hadir ialah ADUN Krian, Friday Belik, Pegawai Daerah Kabog, Tahir Sharee dan Datin Meryani Yassin.
