PPWS Daerah Lawas terima geran kerajaan RM10,000

LAWAS: Mini Festival Usahanita Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Lawas dirasmikan di Taman Awam Lawas, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan festival itu.

Pada majlis berkenaan Henry Sum turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 kepada PPWS Daerah Lawas bagi menjalankan aktiviti mereka.

Hadir sama Pengerusi PPWS Daerah Lawas Suriyah Jinin, wakil Pegawai Daerah Lawas Awangku Mohd Faizal Dato Pengiran Jawa.