KUCHING: Regata Telaga Air akan berlangsung dengan menampilkan 10 acara perlumbaan perahu di sungai berhampiran Tebingan Esplanet Telaga Air pada 26 hingga 28 September ini.
Sepuluh acara ialah 10 pengkayuh lelaki saringan A,B, C dan akhir, 15 pengkayuh lelaki saringan A, B, C dan akhir, 20 pengkayuh lelaki sarimngan A,B, C dan akhir, 25 pengkayuh lelaki saringan A,B, C dan akhir dan 30 pengkayuh lelaki saringan A,B, C dan Raja Sungai.
Turut diadakan ialah acara 20 pengkayuh lelaki pecut akhir, 25 pengkayuh lelaki pecut akhir, 30 pengkayuh lelaki pecut akhir serta 30 pengkayuh lelaki marathon akhir dan 20 pengkayu lelaki VIP atau orang kenamaan akhir.
Regata Telagai Air dianjurkan Majlis Perbandaran Padawan dengan kerjasama JKKK Kampung Telaga Air.
Sehingga laporan ini ditulis, pihak penganjur menerima sebanyak 12 pasukan regata dan mereka telah membayar yuran penyertaan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Regata Telaga Air 2025, Kr Mahmud Dato Sri Ibrahim persiapan dilakukan bagi memastikan acara regata lancar.
Katanya, sehingga ini beberapa mesyuarat telah diadakan iaitu mesyuarat antara MPP dan JKK Kampung Telaga Air dan mesyuarat bersama berapa agensi kerajaan yang akan membantu mengelolakan regata ini.
Semalam, Kr Mahmud bersama timbalannya, Kr Sebeki Jen mengadakan mesyuarat jawatankuasa teknikal bersama wakil beberapa agensi kerajaan di Telaga Air.
