KUCHING: Pensyarah Jabatan Seni Bina, Sabah Institute of Art, Ade Aliff mengetuai serombongan tujuh pelajar mengadakan lawatan tapak akademik ke TEGAS Digital Village di sini hari ini.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada para pelajar bagi projek tahun akhir mereka yang fokusn kepada reka bentuk pusat inovasi untuk komuniti.
Melalui sesi taklimat ringkas dan lawatan fasiliti TDV, delegasi turut meneliti bagaimana susun atur bangunan, ruang serta fungsi kemudahan menyokong inovasi digital dan keusahawanan di Sarawak.
