SABERKAS Cawangan Daro perlu utamakan kerja berpasukan

DARO: Kepimpinan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Daro bagi sesi 2026 hingga 2029 diminta menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab.

Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak, Dr Safiee Ahmad turut meminta kepimpinan baharu itu mengutamakan semangat kerja berpasukan.

“Utamakan nilai integriti, disiplin dan semangat kerja berpasukan dalam setiap pelaksanaan program,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan serta Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) SABERKAS Cawangan Daro bagi sesi 2026 hingga 2029 di Dewan Masyarakat Daro, petang semalam.

Beliau juga menzahirkan tahniah dan syabas kepada semua AJK yang telah dipilih dan dilantik, di samping menghargai jasa serta sumbangan barisan AJK sesi 2023 hingga 2026 yang menyumbang kepada pembangunan SABERKAS di Daro.

Turut hadir Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak, Iszuan Haroni selaku penyelaras mesyuarat, serta Ketua Unit Pengurusan Korporat SABERKAS Sarawak, Aymer Cedrick Masek.