BEIJING: InvestSarawak bekerjasama dengan China Smart Energy Industry Alliance (CSEIA) dan Architectural Design & Research Institute Tsinghua University Corporation Limited (THAD) menjayakan matlamat Sarawak menjadi Cluster Sifar Karbon Bersih pertama di rantau ini.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) itu di Universiti Tsinghua yang dianggap sebagai sebuah universiti terkemuka di China di sini.
Awang Tengah pada majlis menandatangani MoU itu berkata,
perkongsian strategik bertujuan meningkatkan komitmen Sarawak ke atas pengecualian karbon sambil membangunkan inovasi dan berkolaborasi dalam penyelesaian tenaga hijau termasuk pelaburan dalam tenaga diperbaharui, pemindahan teknologi terkini dan pembangunan modal insan.
Perjanjian itu menggariskan kerangka komprehensif dalam membangunkan bidang utama seperti taman industri pengecualian karbon, projek bandar hijau, projek tenaga diperbaharui dan penubuhan Institut Penyelidikan Industri Pengecualian Karbon di Sarawak.
Usaha itu selari dengan visi Sarawak untuk menjadi pemain ekonomi hijau terkemuka, disokongan oleh transformasi pelaburan dalam tenaga hidrogen, pelaburan sifat karbon dan inisiatif photovoltik.
Di bawah MoU itu, InvestSarawak, CSEIA dan THAD akan saling bertukar teknikal rintas sempadan, sidang puncak industri dan projek secara bersama yang menggunakan teknologi terkini China.
Kerjasama itu akan meningkatkan peranan Sarawak sebagai hab kelestarian pelaburan dan inovasi, merapatkan pasaran terkemuka di Asia.
Menurut terma MoU itu, kolaborasi berkenaan mengutamakan:
- Membuka Jalan Teknologi Pengecualian Karbon – Merekabentuk dan penyelesaian pelaksanaan dalam membangun dan di peringkat taman perindustrian.
- Penubuhan Institut Penyelidikan Industri Pengecualian Karbon – Menggerakkan inovasi dan penyelidikan teknologi pengecualian karbon.
- Khidmat Perunding dan Sijil Hijau – Menyokong pensijilan pengecualian karbon untuk infrastruktur dan bangunan.
- Penyelidikan Sainstifik dan Piawaian –Memupuk piawaian bagi teknologi pengecualian karbon dan mengadakan pemyelidikan berkaitan di Sarawak.
- Membangunkan Industri Tenaga Hidrogen – Melabur dan mengembangkan rantaian industri tenaga hidrogen Sarawak.
- Projek peralihan tenaga – Mempercepatkan inisiatif peralihan tenaga termasuk pelaburan tenaga elektrik hijau.
- Penyatuan Photovoltik dan Pertanian – Membangunkan projek sokongan bagi memaksimunkan penggunaan tanah dan output tenaga diperbaharui.
- Projek Pelabuhan Sifar Karbon – Menubuh dan mengurus pelabuhan sifar karbon untuk meningkatkan kelestarian pertumbuhan industri.
- Pusat Kuasa Komputer Hijau – Persediaan untuk penubuhan sebuah pusat menyokong ekonomi digital hijau Sarawak.
- Pertukaran Tenaga Hijau Sarawak – Mewujud platform untuk mempercepatkan perdagangan tenaga hijau.
- Kerjasama Rentas Sempadan – Bekerjasama dalam pertukaran teknikal, sidang industri dan kolaborasi inisiatif tenaga hijau.
Kolaborasi itu bertujuan memenuhi hasil kerja melalui projek strategik, seperti sijil bangunan hijau, pertukaran tenaga hijau Sarawak dan pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur tenaga diperbaharui, katanya.
