KUCHING: Sebanyak sembilan cadangan projek pembangunan melalui Jawatankuasa Pemandu Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) diluluskan untuk dilaksanakan.
Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, sebanyak 15 cadangan projek tersebut merangkumi pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial.
“Antara sembilan projek tersebut iaitu Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Sri Aman; rumah burung Walit; infrastruktur (jalan ladang) di Rumah Temiling Ibai, Bintong, Lubok Antu, Kampung Abok di Pantu serta di Rumah Jelema Gimang, Limau, Pantu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA kali keempat 2024, di sini, semalam.
Rohani berkata. projek lain ialah cadangan pembinaan 50 unit industri kotej di Sri Aman New Township; pengambilan tanah bagi tujuan Pusat Pentadbiran Baharu Pantu; Pusat Maklumat Baharu Batu Lintang dan projek membina Dataran Kejat serta perlindungan tebingan sungai dan kerja-kerja berkaitan di Tebingan Sungai Lingga.
