KUCHING: Seramai 137 lagi penerima dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam istiadat pengurniaan di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak hari ini.
Ia dimulakan dengan pengurniaan Pingat Jasa Keberanian Pingat Perwira Negeri (P.P.N.) (Gangsa) kepada tujuh penerima iaitu Adni Iri, Benjamin Gersit Jais, Bong Chon Khui, Eugene Tay, Goh Yeaw Teong, Nichol Nyambang dean Hardison Doin @ Edwin.
Majlis diteruskan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) kepada empat penerima iaitu Chban @ Henry Chuban Jamban, James Batang Lang, Jagah @ Subeng Mula dan Patrick Sibon.
Seterusnya, pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) kepada 13 penerima.
Antaranya ialah Komandor Sudin Wa, Supt. Ernest John, Profesor Dr Mohd Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad, Dr Les Met, Ir. Ts. Jong Fung Swee, Profesor Dr Muhd Hasnain Md Hussain serta penerima yang lain.
Turut dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) kepada 23 penerima didahului oleh Supt. Samima Mustapha, Ts. Chai Lee Lin, Dr Sharifah Fatimah Wan Jamel, Dr Azilawati Banchit serta penerima yang lain.
Anugerah lain disampaikan termasuk Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) kepada 16 penerima antaranya Christopher Johem, Chong Nyuk Fah, Daily Joseph dan Donald Ruah.
Manakala, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.) pula dikurniakan kepada 17 penerima yang didahului oleh Tuai Rumah Ajun Lasa, Anthony Abell Chendan, Elen Mustapha @ Lai Ilen dan Johar @ Zahrah Japar.
Seterusnya, Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) turut dikurniakan kepada seramai 32 penerima, antaranya ialah Sarjan Abnag Rili Abang Saadili, Sarjan Zulkarnain Ramat, Desmond Ahlim, Elizius Tan, Farid Mohammad, Faizal Abu dan penerima lain.
Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat diakhiri dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.) kepada 25 penerima yang didahului oleh Awang Masri Awang Hamdan, Alew Nyata, Abdul Khalid Abdul Rahim serta Andaraputera Senan.
Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik.
