Sarawak tarik pelaburan RM16 bilion pada 2025

KUCHING: Sarawak menerima pelaburan berjumlah lebih RM16 bilion dalam pelbagai sektor pada tahun 2025, dengan sektor perkhidmatan dan pengilangan mencatat jumlah terbesar, kata Timbalan Premier Sarawak.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Meneri Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Industri berkata, manakala pelaburan daripada syarikat di Jerman dalam sektor pengilangan peralatan elektrik dan elektronik dan kimia dan produk kimia berjumlah lebih RM14 bilion sejak 2013.

Pada 2025, jumlah dagangan antara Sarawak dan Jerman adalah kira-kira RM1 bilion dengan semikonduktor, jentera elektrikal, produk petroleum, kimia dan baja sebagai komoditi sebagai dagangan utama, katanya kepada media selepas

Beliau berkata, Sarawak akan menjalin kerjasama lebih erat dengan Jerman dalam membangunkan bakat termasuk STEM dan TVET yang merupakan satu daripada enam bidang berpotensi untuk dibangunkan.

Yang lain, katanya, adalah pengilangan, semikonduktor, aeroangkasa dan automasi, tenaga bersih dan dibaharui, kitaran ekonomi dan penyelesaian alam sekitar.

Yang tiga lagi ialah dalam bidang ekonomi digital dan industri 4.0, industri asas tani dan keselamatan makanan dan industri pelancongan dan kreatif, tegas beliau.

Forum perniagaan itu menunjukkan hubungan erat dua hala antara Sarawak dan Jerman dalam usaha bersama membangunkan masa depan industri, inovasi dan pertumbuhan mampan.

Menurut Awang Tengah, Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) boleh menjadi rakan strategik menyokong usaha Sarawak menarik pelaburan asing berkualiti dari Jerman.

MGCC, katanya, boleh menjadi pengantara dalam membantu syarikat Jerman memahami iklim perniagaan di Sarawak, mengurangkan jurang kemasukan dan meningkatkan kesediaan dan katalis menghubungkan pelabur.

MGCC bukan setakat sebagai penggalak tetapi sebagai kolaborasi strategik menaruh minat untuk melabur dan melabur dalam jangka masa panjang yang memberi manfaat kepada kerjasama itu.