Kempen GoBald 4 Julai

KUCHING: Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Negeri Sarawak (SCCS) diketuai Presidennya Mary Kiu Ai Ling mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di pejabatnya di sini hari ini.

Kunjungan hormat itu untuk menjemput Dato Sri Fatimah merasmikan Program GoBald 2026 SCCS pada 4 Julai depan di The Hills, Hotel Pullman di sini.

Program selama tiga hari itu merangkumi kempen gaya hidup sihat, mengutip dana untuk kanak-kanak kanser dan kesedaran berkaitan penyakit kanser.

Hadir sama Pengarah Eksekutif SCCS, Jodie Sim Sean Lin dan Pengurusnya, Genevieve Tan Sze Yuin, Ketua Pegawai Eksekutif DefyLAB Sdn Bhd, Fiona Marcur Raha, Pengurus Besarnya, Michelle Wong, Pengurus Besar Fullman Kuching, Sunardi Chia, Pengurus Besar The Hills, Christopher Chia dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Interhill, Cheryl Wong.