CANBERRA, Australia: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Sarawak dan Universiti Kebangsaan Australia di sini, semalam.
Kerajaan Sarawak diwakili Pengarah Jabatan Hutan (JPH), Datu Hamden Mohamad manakala Universiti Kebangsaan Australia diwakili Dekan Kolej Sains Profesor Kiaran Kirk.
Majlis menandatangani MoU itu mencerminkan komitmen mengerat kolaborasi dua hala ke atas fungsi ekosistem hutan mampan, pemuliharaan biodiversiti, iklim dan tenaga, pengurusan hutan mampan, perladangan hutan, pengurusan hutan, pemindahan teknologi dan peluang bagi pegawai dan penyelidik membangun melalui pembinaan keupayaan dan kepentingan lain kolaborasi bersama dipersetujui kedua-dua pihak.
Sebelum menyaksikan majlis menandatangani MoU itu, melalui Kementerian Sumber dan Pembangunan Bandar dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), komited ke atas pengurusan dan pemeliharaan sumber hutan secara mampan.
Fokus kepada usaha itu bagi melindungi dan memulihara warisan kekayaan sumber semulajadi Sarawak untuk generasi akan datang, mengimbangi integriti ekologikal dengan bantuan masyarakat setempat, kata Awang Tengah.
Hadir sama Ketua Hakim Negeri, Datu Saferi Ali, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber dan Pembangunan Bandar, Datu Abdullah Julaihi, Kontroler NREB, Jack Liam, Pengerus Besar STIDC, Zainal Abidin, Pengurus SFC, Abang Arabi Abang Aimran dan Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd, Abu Hassan Yusuf.
