LAWAS: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas akan dibangun semula setelah mengalami kebakaran baru-baru ini.
Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberikan jaminan akan bersama-sama membangunkan sekolah menengah yang pertama di Lawas itu dan mahu tapak kawasan kebakaran dibersih.
“Saya mahu pihak bertanggungjawab m segera melakukan kerja-kerja pembersihan tapak kawasan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas diiringi Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong mengadakan lawatan kerja ke SMK Lawas semalam untuk melihat kesan kebakaran di dua blok bangunan sekolah berkenaan.
Awang Tengah juga turut mengarahkan pemeriksaan menyeluruh pendawaian di sekolah berkenaan untuk diganti baharu, pembaikan jalan raya naik ke sekolah dan naik taraf dewan yang dalam keadaan menyedihkan.
“Saya mahu pelajar-pelajar kita tidak akan patah semangat dan begitu juga dengan kakitangan di sekolah ini,” tambahnya.