KUCHING: Seramai 112 keluarga menerima sumbangan dari Sarawak Hun Nam Siang Tng sempena Aidilfitri, di premis persatuan itu, di sini, hari ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata setiap keluarga menerima sumbangan berupa sampul duit raya bernilai RM50.
“Di samping pelbagai barangan keperluan seperti daging lembu, ayam, telur, minyak masak, biskut serta bahan makanan lain,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah pada majlis itu.
Abang Johari berkata, sumbangan ini mungkin kelihatan sederhana, namun bagi keluarga menerimanya, ia membawa makna dan membantu meringankan beban membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
“Yang lebih penting, program seperti ini mencerminkan nilai perpaduan vang menjadi kekuatan Sarawak,” tambahnya.
Menurutnya di Sarawak, masyarakat hidup dalam suasana harmoni dan saling membantu tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
