SIBU: Program Pemantapan Personel Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro merupakan pendekatan terbaik memperkasakan KMKK.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ini terutamanya dengan maklumat terkini berhubung status terkini projek-projek pembangunan akan dilaksanakan di kawasan DUN Daro yang di bawah Pejabat Daerah Sibu.
“Saya percaya dengan adanya maklumat-maklumat terkini akan membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program tersebut di Kompleks Islam Sibu, di sini, hari ini.
Safiee yang juga Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) sehubungan itu mencadangkan supaya program terbabit diteruskan untuk masa-masa akan datang.
