Timbalan Perdana Menteri selamat jalani pembedahan pintasan jantung

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 Ogos 2026.

Menurut kenyataan media Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar sekeluarga sehubungan itu menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan IJN atas komitmen, kepakaran dan layanan profesional mereka sepanjang proses rawatan.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak kementerian, masjid-masjid, surau-surau, rumah ibadat, agensi kerajaan/swasta, NGO-NGO, sanak-saudara, sahabat handai serta seluruh rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu hari ini.

Ini kerana mereka tidak putus-putus mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan kepada beliau.