Tun Dr Wan Junaidi berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri Wahab Dolah

SIBU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mengadakan kunjungan ke rumah terbuka Aidilfitri ke kediaman Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Dato Sri Wahab Dolah, hari ini.

Tun Pehin Dr Wan Junaidi serta rombongan tiba di pekarangan kediaman tersebut pada 11.08 pagi tadi disambut Abdul Wahab dan isteri, Datin Sri Raesah Adai.

Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada kunjungan itu, Tun Pehin Dr Wan Junaidi berpeluang beramah mesra dengan tetamu di rumah terbuka berkenaan.

Pelbagai jenis hidangan turut disajikan bagi memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan, Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Temenggong Stanley Geramong dan Temenggong Lau Lee Ming.