Tun Dr Wan Junaidi menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunaikan solat Jumaat bersama anakanda Tasneem di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahudin, tengah hari tadi.

Ketibaaan Tun Pehin Sri disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, mantan Imam Besar Negeri Sarawak Dato Jorji Suhaili dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hana Khairul Anwar Sazali.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak ( MIS) Datu Misnu Taha.

Solat Jumaat diimamkan oleh Jorji yang turut menyampaikan khutbah berkenaan bahaya ajaran sesat.

Sebelum berangkat pulang, Tun Pehin Sri turut bersalam dan beramah mesra bersama para jemaah serta menyampaikan sampul sumbangan kepada jemaah kanak-kanak.

Beliau turut mendoakan agar ibu pertiwi terus terpelihara dari sebarang ancaman dan menyeru agar seluruh umat Islam mempertahankan akidah serta memelihara kesucian agama Islam sebagai agama yang syumul.