2.8 juta rakyat Sarawak boleh jadi tenaga profesional

KUCHING: Kerajaan Sarawak yakin mampu melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan berkemahiran tinggi dari populasi rakyat Sarawak ketika ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini walaupun jumlah populasi itu hanya seramai 2.8 juta orang.

“Jangan risau kerana 2.8 juta (orang rakyat Sarawak) itu akan menjadi masyarakat yang bijak dan berkemahiran tinggi kerana kita mahu melahirkan tenaga kerja Sarawak yang pakar dalam bidang masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian
Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak juga mahu memperkenalkan industri yang menawarkan gaji lebih tinggi kepada rakyat Sarawak dan telah menyediakan laluan ke arah ini.

Katanya, ini termasuk pengenalan kepada pendidikan percuma, pengenalan kepada teknologi moden, digitalisasi serta kursus-kursus khas untuk anak-anak Sarawak.