Month: September 2024

Penyerahan bendera kontinjen Para SUKMA Sarawak

KUCHING: Kontinjen Sarawak akan diketuai Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam sebagai Chef de Mission (CDM) Para SUKMA XXI Sarawak 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, timbalan CDM pula adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Lamat Nyalau. Beliau juga mengumumkan seramai 10 Ahli Dewan Undangan […]

Sarawak-Singapura perkukuh kerjasama

KUCHING: Kerjasama dua hala antara Sarawak dan Singapura akan terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif khususnya dalam bidang tenaga dan peluang perniagaan. Menteri Tenaga Kerja Singapura, Dr Tan Lee Seng, berkata Kerajaan Singapura sentiasa bersedia untuk memperluas kerjasama yang lebih matang dan komprehensif bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua pihak. Katanya, Singapura berharap untuk mempertingkatkan hubungan bersama Sarawak […]

Pemenang Pingat Para SUKMA Sarawak bakal terima insentif

KUCHING: Atlet Sarawak yang memenangi pingat dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bakal menerima jumlah insentif yang sama diberi kepada pemenang SUKMA. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif sebanyak RM15,000 kepada pemenang pingat emas, […]

Dua unit pertama ART tiba di Kuching akhir 2024

YIBIN, China: Dua unit kenderaan Aliran Transit Automasi (ART) yang dijana menggunakan hidrogen dan selesai menjalani prapentauliahan akan dihantar ke Kuching menjelang akhir tahun 2024. Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin menyempurnakan majlis prapentauliahan dan pemeriksaan fisikal ke atas dua unit ART itu di kemudahan pembuatan CRRC Yibin, Wilayah Sichuan China semalam. […]

Sistem perparitan Kampung Tengah akan diselenggara

BINTULU: Projek penyelenggaraan sistem perparitan Kampung Tengah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini akan dimasukkan dalam Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2025. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini setelah keperluan mendesak dikenalpasti untuk penyelenggaraan sistem perparitan kampung terbabit. “Masalah perparitan yang tidak terurus menyebabkan banjir kilat, dan projek […]

Mukah tuan rumah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446/2024M

MUKAH: Bahagian Mukah akan menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446/2024M yang akan berlangsung mulai 16 hingga 17 September ini. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan itu merupakan acara rasmi Kerajaan Sarawak yang diadakan setiap tahun. “Objektif bertujuan mengingati kembali peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, […]

Sarawak laksana inisiatif ekonomi hijau, pelihara alam sekitar

SINGAPURA: Inisiatif Ekonomi Hijau yang dilaksana Sarawak sebagai menyahut cabaran berikutan perubahan iklim dan pentingnya membangunkan hutan dan tanah secara mampan dan melindungi alam sekitar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, membangunkan sumber semula jadi dengan industri seperti tenaga diperbaharui, ekopelancongan dan pertanian mampan hendaklah selari dengan kelestarian pembangunan. “Sarawak […]