KUCHING: Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan pembangkang menolak draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof bagaimanapun berkata, beliau akan menunggu surat rasmi berhubung perkara itu daripada pembangkang. ”Bila sudah ada surat rasmi daripada pihak pembangkang, saya akan membawa ke peringkat jawatankuasa majlis perundingan Kerajaan Perpaduan. […]
SUKMA XXI: Atlet Sarawak terima insentif RM1.834 juta
KUCHING: Kerajaan Sarawakmenyampaikan insentif keseluruhan berjumlah RM1,834,000 kepada semua atlet Sarawak yang memenangi pingatSukan Malaysia XXI Sarawak (SUKMA) Ke-21. Sarawak muncul juara keseluruhan pada temasya sukan terbabit selepas memenangi 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa baru-baru ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis penyampaian insentif itu semasa […]
Karnival Pembangunan Komuniti Perhutanan 2024 bantu pengusaha NTFP
KUCHING: Karnival Pembangunan Komuniti Perhutanan 2024 anjuran Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di sini, menjadi landasan pengusaha hasil hutan bukan kayu (NTFP) memasarkan produk hingga ke peringkat antarabangsa. Karnival itu berlangsung di pusat beli belah Plaza Merdeka di sini mulai 14 hingga 22 September ini. Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len […]
Pulau Bruit berpotensi jadi hab pembekal makanan hasil laut, pertanian
SEMOP: Pembinaan jambatan yang menghubungkan Pulau Bruit bakal mengangkat potensi pulau tersebut sebagai hab pembekal makanan berasaskan hasil laut dan pertanian di zon tengah Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, ia akan memudahkan masyarakat mengeksploitasi produk-produk tempatan tersebut ke pasaran. Beliau mengharapkan belanjawan Sarawak […]
RM60 juta diperuntuk laksana projek bekalan air Pulau Bruit
SEMOP: Penantian penduduk Pulau Bruit untuk menikmati bekalan air mencukupi dan berkualiti bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Ia selepas Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana melebihi RM60 juta untuk melaksanakan projek pembekalan lima juta liter per hari (MLD) air ke pulau tersebut. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek berkenaan dijangka […]
SWWS saran usia 18 tahun untuk kahwin
KUCHING: Siri dialog Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS) diharap dapat memberi input masa sesuai bagi pemuda dan wanita dalam kalangan masyarakat untuk berkahwin. Dialog itu diadakan bersama pemimpin masyarakat, wanita dan belia pribumi Sarawak. Dalam satu kenyataan hari ini, SWWS berkata, siri dialog itu akan diadakan di Sri Aman, Kapit, Miri, Long Lama dan […]
UiTM Cawangan Sarawak anjur Karnival Kanak-kanak STEAM
KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak akan menganjurkan Karnival Kanak-kanak STEAM di pusat beli belah tHe Spring, di sini mulai 18 hingga 21 September ini. Menurut kenyataan universiti itu, acara menarik cuti sekolah dianjurkan dengan kerjasama tHe Spring ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak terlibat konsep sains, teknologi, kejuruteraan, seni, dan matematik (STEAM) secara […]
Sarawak tidak berniat mencabar perlembagaan persekutuan
KUCHING: Sarawak sekali lagi menegaskan tidak berniat untuk mencabar Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya hanya mahu menuntut hak miliknya berlandaskan apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan tuntutan yang telah ditunaikan Kerajaan Persekutuan setakat ini untuk memperakui dan menjunjung hak serta keistimewaan yang dijanjikan dalam […]
Sumbangan Dr Wan Junaidi diabadi dalam biografi khas
KUCHING: Perjalanan hidup serta sumbangan besar Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar akan dipaparkan dalam biografi khas yang akan diterbitkan Universiti Teknologi Sarawak (UTS). Biografi khas yang bakal dilancarkan semasa Majlis Konvokesyen UTS Kesembilan pada Disember ini turut menyelit sejarah pelantikan Dr Wan Junaidi sebagai Canselor kedua UTS. Menurut […]
Atlet Sarawak buru kejuaraan Para SUKMA Ke-21
KUCHING: Atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak diyakini mampu menyamai kejayaan atlet SUKMA untuk muncul juara pada edisi Ke-21 yang akan berlangsung dari 22 hingga 28 September ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau optimis sasaran 83 pingat emas yang dipertaruhkan mampu direalisasikan bagi membolehkan Sarawak merampas semula kejuaraan temasya dwitahunan […]
