Year: 2024

Kerugian RM20 juta akibat jenayah vandalisme

KUCHING: Sebanyak 1,406 kes vandalisme terhadap kemudahan infrastruktur utiliti dan telekomunikasi dilapor pada 2023 membabitkan nilai kerugian RM20 juta. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, sektor telekomunikasi merekodkan sebanyak 1,079 kes dengan anggaran kerugian sebanyak RM15.8 juta. Manakala, sektor bekalan elektrik merekodkan sebanyak 266 kes dengan anggaran kerugian sebanyak RM3.6 juta, katanya […]

Sarawak kaji semula undang-undang perangi vandelisme

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Peguam Besar Negeri untuk meminda undang-undang sedia ada supaya lebih ketat bagi mengawal jenayah kecurian utiliti di negeri ini, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat diharap dapat mengawal jenayah kecurian kabel dan logam yang berleluasa di Sarawak. “Peranan […]

Dayang Nurfaizah, Bob Yusuf meriahkan Sambutan Perayaan Hari Sarawak, 10,000 orang dijangka hadiri

BINTULU: Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2024 akan diadakan di bahagian ini pada 22 Julai ini. Perayaan itu akan berlangsung di Tapak Lapangan Terbang Lama, di sini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah selaku menteri bertangungjawab sambutan itu, Dato Sri Dr Stephan Rundi berkata dianggarkan seramai 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan tersebut yang bermula […]

RM500 juta diperuntuk pacu industri padi

KUCHING: Sarawak serius dalam usaha memacu industri penanaman padi apabila memperuntukkan sejumlah RM500 juta bagi membina skim saliran pada tahun depan. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengumumkan mengenai perkara itu berkata peruntukan itu untuk kawasan penanaman padi di Sri Aman, Samarahan dan Kuching. Katanya, perkara itu telah dipersetujui dalam […]

KWKKM timba ilmu di Bandung

BANDUNG (Indonesia): Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KWKKM), Dato Sri Fatimah Abdullah mengetuai pegawai kanan dari kementeriannya melawat Bandung dan Jakarta mulai 1 hingga 4 Julai 2024. Lawatan itu untuk mempelajari pengalaman dan cara terbaik membimbing kanak-kanak autisme daripada Republik Indonesia. Pengalaman dan pendedahan itu boleh dipelajari dan digunakan dalam penyampaian perkhidmatan untuk […]

Kerjasama PETROS, PETRONAS berlandas undang-undang – Abang Johari

KUCHING: Sarawak tidak berniat merampas hak Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) dalam industri gas dan minyak sebaliknya hanya mahu turut serta, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, langkah Kerajaan Sarawak menubuhkan Petrolium Sarawak Bhd (PETROS) semata-mata mahu turut serta dalam industri terbabit untuk kesejahteraan negara. “PETROS dan PETRONAS akan […]

Belia dalam Parti PBB perlu fahami perjuangan Premier Sarawak

LAWAS: Golongan belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diharap menjadi pendokong perjuangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Timbalan Premier Sarawak yang juga Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, amat penting belia parti memahami perjuangan Premier Sarawak yang juga Yang di-Pertua Parti PBB. “Apabila mereka […]

Projek Jambatan Saribas No.2 lewat, kontraktor diberi tempoh dua minggu cari penyelesaian

PUSA: Kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Jambatan Saribas No.2 diberi tempoh selama dua minggu untuk mencari jalan penyelesaian. Ini bagi membolehkan projek tersebut dilaksana mengikut jadual yang dirancang. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya akan memantau perkembangan semasa projek yang bernilai RM385 juta. Katanya, kontraktor berdepan kekurangan tenaga pekerja dan jentera […]

Bangunan tambahan Hospital Miri siap lebih awal

MIRI: Pembinaan bangunan tambahan Hospital Miri di sini merupakan satu daripada manifestasi kerajaan menyalurkan kembali hasil dari penjimatan ketirisan, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata, penjimatan dari ketirisan melalui pelbagai inisiatif penambahbaikan seperti rasional subsidi disalurkan kembali kepada rakyat. “Inisiatif penambahbaikan itu berupa projek berpaksikan rakyat seperti sekolah, hospital, jalan […]

Pergerakan Wanita Parti PBB fokus Program Sarawak Kamek Empun 2.0

SIBU: Program Sarawak Kamek Empun (SKE) 2.0 menjadi fokus utama Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi membekalkan maklumatterkini kepada wanita di peringkat akar umbi. Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Majlis Tertinggi ( MT) Wanita akan turun padang menyampaikan maklumat usaha dan inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari […]